In Heart Official Chat


Sunday, October 11, 2009

Sejarah In Heart




Sejarah asal IN HEART bermula apabila Kolej Islam Antarabangsa mengadakan sebuah pertandingan nasyid internal. 3 juara dipilih iaitu READ ONE (khairul, pitok, khairi ), IDYLLIX (abg man,abg azha) dan IRFAN ( abg Fir ,sekarang kumpulan Zaidan ). Pihak kolej ingin menghantar pwewakilan kontestent dalam pertandingan nasyid antara universiti ( IPTIM ), maka gabungan 3 kumpulan tadi digabungkan dan menjadi Mujahid .

Melalui proses kematangan, Abg Azha menarik diri dari meneruskan perjuangan atas sebab peribadi dan karier. Mujahid berubah ekaminda dengan menggunakan nama New Method dan mewakili Selangor dalam pertandingan Nasyid Kemas Kebangsaan. In heart di cetuskan oleh ' pitok ' dalam perbualan tidak formal atas alasan solidariti, perpaduan, dan demokrasi hati. In heart terus berjuang dengan 5 ahli asas, Khairull, khairi, pitok, man ,dan abg fir. Dengan semangat yang tepu dan kental, In Heart banyak melakar kejayaan antaranya Johan Nasyid IKIM, Johan Antidadah Kebangsaan, Johan Nasyid pelbagai pertandingan sekitar Kuala Lumpur , Selangor. In heart terus BERTRANSFORMASI apabila abg fir turut menarik diri dan sekarang menubuhkan kumpulan Zaidan. In Heart terus transformasikan daerah mesej dengan mengembangkan irama ketuhanan. In Heart menerima seorang ahli baru Hafiz, yang In Heart dapati penuh komited, bersemangat waja dan berakhlak mulia sesuai menjadi label dan ikon untuk mendaulahkan irama ketuhanan. In Heart tutut dalam proses peningkatan dengan Mirwana.

Peningkatan vokal dan kualiti harmoni dengan belajar bersama orang orang besar industri yang amat berjasa antaranya Cikgu Deli Pensyarah muzik uitm(kualiti vokal, pengawalan,harmoni,idea), Abg Iwan Ruffedge ( all abaout vokal konsep,solidariti of harmoni dan Harmoni )Hazami ( koir Teknik ), Salleh Brothers ( basic Harmoni), Madam Iman Wayfarers ( Feel dan kualiti ), Feel Heart ( perkusi dan penghalusan harmoni ) Rafiq Infinatez ( harmoni,delivery ) kita mampu menjumpai Tuhan walaupun dalam muzik yang lebih global, In Heart meneruskan perjuangan dengan terpilih menyertai Akademi Nasyid TV9 pada tahun 2008 buat julung kalinya memecah dunia nasyid dengan ideologi baru dan kelainan yang alternatif dengan kejuaraan bergaya semi final(sms tertinggi). sila layari www.youtube.com dan search ''IN HEART akademi nasyid''.

No comments:

Post a Comment